Advertisement

Tuesday, March 4, 2014

I HATE YOU, please go away! Part 3

Aduhai, apa dah jadi dengan diet mak encek shonna ni? Nampak gayanya shonna terpaksa teruskan menternak daging dalam tahun ini. Shonna terpaksa berhenti dari mengikut Jom Kurus 1 Malaysia (JK1M#1) anjuran Kelvin Zahri, rasa rugi tak terkata sebab sudah membayar RM300. Tapi takpe la ye, rezeki lain yang diberikan. Syukur alhamdulillah.


Bagi sesiapa yang ingin menyertai Cabaran Jom Kurus 1Malaysia Musim ke2, ianya akan bermula dari 15 Mac hingga 26 April 2014. Merupakan cabaran kurangkan berat badan selama 6 minggu di seluruh Malaysia. Tak kira dimana jua anda berada, terdapat lebih dari 50 kawasan diseluruh Malaysia.

JK1M - from fb Kevin Zahri
Sesiapa yang berminat, boleh terus mendaftar mengikut Team Leader kawasan berhampiran disini. Pastikan pilih Team Leader yang berpotensi menjadikan impian anda satu kenyataan. Cewah! Agar berbaloi dengan apa yang anda bayar untuk 6 weeks. Mungkin boleh minta mereka jadual aktiviti, pastikan mempunyai aktiviti setiap sabtu dan ahad supaya tinggi nilai/value untuk wang anda. Yang penting mereka qualified membimbing kita menjadi lebih sihat dari sebarang penyakit yang disebabkan cara pemakanan dan exercise yang salah. Jika kita bersungguh-sungguh, ilmu yang dipelajari sebenarnya tidak dapat dinilai dengan apa yang telah kita bayar. Tips nya hanya ikuti semua kelas, lakukan homework harian dan jaga pemakanan. Itu aje!

So sesiapa yang sudah bosan dengan cara diet yang anda sendiri yang confidence betul ker salah, dapatkan khidmat dari mereka yang bertauliah dari kursus-kursus kurus begini. InsyaAllah boleh berjaya! All the best kay!

shonna: Saya akan diet selepas bulan 10 nampaknya.


1 comment: