Advertisement

Monday, February 25, 2013

Pendaftaran Sekolah Murid-Murid Darjah 1 di Malaysia 2014/2015

Salam parents,

Pendaftaran Sekolah Murid-Murid Darjah 1 sessi 2014/2015 di Selangor, apa yang shonna faham, ianya boleh dibuat dalam 2 cara. Bagi ibu bapa yang mempunyai kemudahan internet, bolehlah membuat secara ONLINE. Manakala yang tiada akses internet, bolehlah mendapatkan bantuan dari pihak sekolah dgn membawa terus dokumen yang diperlukan. (List dibawah)

Actually bagus juga jika proses ini dilakukan secara ONLINE, dapat menjimatkan masa dan tenaga, kurangkan penggunaan kertas, elakkan kesesakan di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran Selangor (JPS). Ini barulah work smart kan!!!

Untuk Pendaftaran secara ONLINE.
Ibu bapa dikehendaki membaca PENGENALAN SISTEM dan memahami semua kandungan di dalam TATACARA DAN PANDUAN untuk mengisi permohonan.

Semasa membuat PERMOHONAN ONLINE, pastikan semua kod dan maklumat adalah tepat untuk megelakkan permohonan ditolak atau gagal. Setelah lengkap, slip permohonan perlu diCETAK dan perlu dibawa ke sekolah bagi tujuan mengesahan Perakuan Permohonan dalam masa 14 hari dari tarikh permohonan bersama-sama senarai dokumen (asal dan photostat) yang di pinta seperti:
  1. Cetakkan borang pendaftaran online
  2. Bil (telephone/air/letrik) daripada alamat rumah yang didiami
  3. Surat beranak/Sijil kelahiran anak yang didaftarkan
  4. Kad MyKid
  5. Kad pengenalan ibu bapa
  6. Sijil perkahwinan
SEMAKAN STATUS PERMOHANAN boleh dibuat dari masa kesemasa. NO PIN yang diberi perlu disimpan bagi tujuan semakan dan kemaskini profill/permohonan.

Graf dibawah, shonna visualkan supaya uolls nampak flow/standard operation procedure (SOP) nya. Kalau salah minta diberitahu kay. Hehehheee... 

Register murid sekolah darjah satu
Module dalam Aplikasi ESPP Selangor
Segala maklumat diatas berdasarkan kefahaman shonna jer, jika ada tersilap sila inform tuan punya blog ye. Maklumat terkini dan terperinci untuk pendaftaran perlulah disemak di lama web eSPPSEL SISTEM PENGURUSAN, PERMOHONAN DAN SEMAKAN MURID TAHUN 1, NEGERI SELANGOR.

p/s: Shonna dah daftar si bongsu. Link disini.




1 comment:

  1. YEAH BUT HOW IF I HAVENT PRINT IT OUT YET BUT I ALREADY CLOSED IT BOLEH X BG WEBSITE KEMASKINI THE INFOMATION

    ReplyDelete