Advertisement

Tuesday, March 4, 2014

I HATE YOU, please go away! Part 3

Aduhai, apa dah jadi dengan diet mak encek shonna ni? Nampak gayanya shonna terpaksa teruskan menternak daging dalam tahun ini. Shonna terpaksa berhenti dari mengikut Jom Kurus 1 Malaysia (JK1M#1) anjuran Kelvin Zahri, rasa rugi tak terkata sebab sudah membayar RM300. Tapi takpe la ye, rezeki lain yang diberikan. Syukur alhamdulillah.


Bagi sesiapa yang ingin menyertai Cabaran Jom Kurus 1Malaysia Musim ke2, ianya akan bermula dari 15 Mac hingga 26 April 2014. Merupakan cabaran kurangkan berat badan selama 6 minggu di seluruh Malaysia. Tak kira dimana jua anda berada, terdapat lebih dari 50 kawasan diseluruh Malaysia.

JK1M - from fb Kevin Zahri
Sesiapa yang berminat, boleh terus mendaftar mengikut Team Leader kawasan berhampiran disini. Pastikan pilih Team Leader yang berpotensi menjadikan impian anda satu kenyataan. Cewah! Agar berbaloi dengan apa yang anda bayar untuk 6 weeks. Mungkin boleh minta mereka jadual aktiviti, pastikan mempunyai aktiviti setiap sabtu dan ahad supaya tinggi nilai/value untuk wang anda. Yang penting mereka qualified membimbing kita menjadi lebih sihat dari sebarang penyakit yang disebabkan cara pemakanan dan exercise yang salah. Jika kita bersungguh-sungguh, ilmu yang dipelajari sebenarnya tidak dapat dinilai dengan apa yang telah kita bayar. Tips nya hanya ikuti semua kelas, lakukan homework harian dan jaga pemakanan. Itu aje!

So sesiapa yang sudah bosan dengan cara diet yang anda sendiri yang confidence betul ker salah, dapatkan khidmat dari mereka yang bertauliah dari kursus-kursus kurus begini. InsyaAllah boleh berjaya! All the best kay!

shonna: Saya akan diet selepas bulan 10 nampaknya.


Saturday, January 18, 2014

I HATE YOU, please go away! Part 2

Salam,
Rasa nak pengsan pun ada, rasa terawang-awangan pun sama ada. Sempena cuti Thaipusam semalam, pepagi buta mak dah bertreatmill dgn membakar kalori 531 selama sejam (baru burn 1.5 keping roti canai jer ni). Masih tidak push to maksimum limit, badan rasa berat sangat.

Petangnya, kami bertujuh; Shonna, Nana, Leya, Tini, Azizah termasuk mr & mrc coach ke Taman Bukit Jalil untuk berjogging. Saat dan ketika ini, mmg menduga stamina utk buat 3 kali pusingan (2km x 3 kut) dan naik turun tangga sebanyak 3 kali. Aduh kejong segala usus perut. Hahahhaa.. malam kaki lengguh x ingat. Demi utk mencapai target, kugagahi jua. Chaiyokk!! Tak cukup nafas ooooOoOo..

Dan hari ini, 30 rules class dan masa untuk ambil berat badan terkini. Alhamdulillah turun sikit.  Ada yang turun 2 kg ++, mrk mmg x makan nasi. Adakah diet this week no NASI walaupun segenggam? Fuh.. mental kena kuat ni. Jauh lagi perjalanan ni. Wish me luck kay!

1st week of #JK1M, ikut target yg planned. Turun 1 kg 1 minggu, DONE!! Syukur sangat.

11/1/2014:75.5kg
18/1/2014: 74kg

Bukit Jalil #jk1m team
Taman Bukit Jalil - burned +-600 kcal.

Shonna: 5 weeks to go! 

Tuesday, January 14, 2014

I HATE YOU, please go away! Part 1

Assalamualaikum..

Demi masa, sesungguhnya shonna mmg asyik x cukup masa utk mengecilkan diri sendiripun setahun dua ni. Baca bebetul ye.. masa utk mengecilkan diri yg montok nie. :) So pagi nie dengan bersemangat nak berlari di atas treatmilll selama sejam.

Dengan lafas bismillah... berikrar...
"Dear fat, i hate u, please go away, i'm gonna burned you!"

Untuk turun 1kg, perlu burn 7700 kcal. Omang aii.. sejam baru burn 486 kcal baper juta kalori nk burn nie??

Berat:
11/1/2014: 75.5kg
14/1/2014: 74.8kg
Target: 68kg dulu.

Wish me luck ye! Any tips pemakanan yg berkesan, please share ye laling... thks.